Pages

Showing posts with label Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ada anak?. Show all posts
Showing posts with label Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ada anak?. Show all posts

Friday, 11 October 2013

SIDANG MEDIA AERIL ZAFREL & WAWA ZAINAL: SAH SUDAH NIKAH, ADA ANAK BERSAMA

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.


Aeril dan Wawa menjawab soalan media.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali



PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.
Suasana 'tegang' pada majlis sidang media pengakuan kahwin rahsia Aeril dan Wawa Zainal apabila mereka diasak pelbagai soalan oleh wartawan.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.
Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.
Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.
Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.

mStar

Wednesday, 9 October 2013

PERKAHWINAN RAHSIA: AERIL & WAWA BUAT SIDANG MEDIA JUMAAT INI

Menurut sebuah akhbar mingguan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikatakan sudah berkahwin Februari lalu dan sudah menimang cahaya mata pada 24 Ogos lalu.

PERKAHWINAN RAHSIA: AERIL & WAWA BUAT SIDANG MEDIA JUMAAT INI

Aeril, Wawa buat sidang media Jumaat ini

SEJAK Ahad lalu, semua mata dan telinga mula beralih kepada kontroversi perkahwinan rahsia dua pelakon yang mencipta nama dari syarikat pengurusan Metrowealth International Group (MIG).

Menurut sebuah akhbar mingguan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikatakan sudah berkahwin Februari lalu dan sudah menimang cahaya mata pada 24 Ogos lalu.

Masih lagi enggan memberikan kenyataan rasmi mengenai khabar tersebut, Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata dia akan mengadakan satu sidang media selepas solat Jumaat bagi mengungkai segala persoalan yang masih menjadi tanda tanya.

“Buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa. Semuanya akan dijawab dalam sidang media khas itu.

“Pada hari itu juga, Wawa akan hadir dan kami akan menjawab semua persoalan satu persatu yang selama ini menjadi tanda tanya anda semua,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem Cinta Mat Semprit di Taman  Tasik Ampang Hilir, semalam.

Walaupun kisah perkahwinan rahsianya itu menjadi tumpuan utama sehingga diserbu dengan pelbagai soalan, Aeril yang ditemani pengurusnya, Shahriman Wahab dan peguamnya, Zulhasmi Zakaria dari Termizi & Co tetap kelihatan tenang dalam menjawab soalan.

Malah, ketika ditanya mengapa dia mengambil sikap berdiam diri dalam menangani isu tersebut, Aeril mempunyai jawapannya sendiri.

“Saya ada hak untuk berdiam diri, bersuara atau berahsia. Berdiam bukanlah bererti saya bersalah atau tidak benar. Saya juga tidak melarikan diri, tetapi saya hanya menangguhkan untuk memberi penjelasan sehingga sidang media itu nanti.

“Biarkanlah perkara itu dilakukan dengan  serentak sekali gus agar semua perkara dapat diselesaikan,” jelasnya.

Cabar kemuka bukti!

Dalam pada itu, Aeril memberitahu, dia menggunakan khidmat peguam kerana isunya ini telah memberi impak yang besar terhadap dirinya.

Sementara itu, pengurusnya, Shariman Wahab mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti berkenaan pendedahan itu bolehlah membawanya pada hari sidang media khas itu berlangsung.

“Kepada mana-mana pihak berkenaan, saya cabar jika ada sebarang bukti, sila bawakan semasa sidang media tersebut.

“Siapa ‘mereka’ yang Aeril maksudkan sebelum ini akan terjawab juga pada Jumaat ini. Malah, sidang media khas itu  nanti akan direkodkan untuk rujukan mahkamah,” akhirinya.


Sinar Harian