Pages

Showing posts with label Adi Putra Disiasat Polis. Show all posts
Showing posts with label Adi Putra Disiasat Polis. Show all posts

Monday, 9 September 2013

DIKAITKAN SKANDAL ISTERI ORANG: ADI PUTRA AKUI TERTEKAN

Adi Putra berkata, kontroversi terbabit tidak sekalipun mengganggu kariernya kerana beliau menganggap perkara itu adalah ujian yang harus diterima daripada Tuhan.

Adi Putra
Adi Putra

Adi Putra akui tertekan

SIAPA yang tidak tertekan apabila dikaitkan mempunyai skandal dengan isteri orang, dan itulah yang dialami oleh pelakon popular, Adi Putra.

Namun sokongan isteri tercinta, Aida Yusof dan rakan-rakan menguatkan lagi semangat pelakon filem KL Gangster 2 itu.

"Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan.

"Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” katanya ketika ditemui Majlis Golf Teduhan Kasih Wisata Amal 2013 di Pulai Springs Golf Resort, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Adi yang juga pelakon utama drama Teduhan Kasih bersama gandingannya, Sherry Ibrahim sempat menyanyikan beberapa buah lagu serta beramah mesra dengan anak-anak yatim dari Asrama Kebajikan Ar-Rayyan Persatuan Insani Darul Takzim bagi mengutip dana operasi pertubuhan berkenaan.

Adi Putra berkata, kontroversi terbabit tidak sekalipun mengganggu kariernya kerana beliau menganggap perkara itu adalah ujian yang harus diterima daripada Tuhan.

“Alhamdulillah secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu aktiviti seni saya kerana apa yang diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa ALLAH.

"Macam seperti hari ini, saya tetap memenuhi undangan majlis amal ini untuk membantu mendapatkan dana bagi pertubuhan tersebut,” katanya.

Beliau mengakui turut memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan hadir memberikan keterangannya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Saya memang bekerjasama dan benar saya ada pergi beri keterangan kepada pihak polis untuk siasatan yang dijalankan. Apa yang saya boleh bantu untuk teruskan siasatan, saya akan buat dan mudah-mudahan boleh membantu,” katanya.



Sinar Harian

Thursday, 5 September 2013

BERBALAS MESEJ & GAMBAR LUCAH, PELAKON ADI PUTRA DISIASAT POLIS

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

BERBALAS MESEJ & GAMBAR LUCAH, PELAKON ADI PUTRA DISIASAT POLIS

Berbalas mesej lucah, polis siasat pelakon popular

SHAH ALAM - Pelakon Adi Putra, 32, yang didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang dan aktor itu kini disiasat polis selepas suami wanita berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu.

"Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu.

"Mereka juga saling menghantar gambar lucah masing-masing dan keadaan itu membuatkan suami wanita tu mengalami tekanan perasaan," kata sumber.

Tambah sumber tersebut, ahli perniagaan yang berusia 56 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru.

Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal bagi dianalisa untuk tindakan selanjutnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan suami wanita berkenaan tetapi enggan mendedahkan nama aktor tersebut.

"Pelakon itu juga telah memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan selepas diminta berbuat demikian susulan laporan polis yang diterima," katanya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Adi gagal apabila aktor terbabit gagal dihubungi.



Sinar Harian