Pakej lengkap dimiliki Ramizah Nazurah Mansor, 27, yang memilih nama komersial Miza Azura ini satu bonus buat empunya diri untuk menceburi bidang hiburan.
- Pengorbanan Miza Azura -
Orangnya tinggi lampai dengan susuk tubuh persis sang peragawati, ditambah pula raut wajah menawan hasil darah kacukan Melayu-Arab-Bengkulu.
Pakej lengkap dimiliki Ramizah Nazurah Mansor, 27, yang memilih nama komersial Miza Azura ini satu bonus buat empunya diri untuk menceburi bidang hiburan.
Bagaimanapun, langkah gadis kelahiran Kuala Lumpur ini baru saja hendak bermula setelah keluar daripada program realiti pencarian bakat lakonan, Pilih Kasih (PK3).
Tersingkir pada minggu kelima, Miza tidak menganggap perjalanannya dalam mengharungi bidang seni sudah berakhir.
Sebaliknya, anak kelima daripada enam beradik ini semakin bersemangat untuk membentuk diri sebagai pelakon yang disegani.
“Pada mulanya, saya tidak sangka disingkirkan kerana bukan berada di kedudukan tiga terbawah ketika itu.
“Namun, saya sedia maklum abang Rosyam Nor sukakan kelainan dan saya terima keputusan itu dengan hati terbuka,” katanya.
Beralih bidang
Menyusuri kehidupannya sebelum menyertai PK3, siapa sangka bidang yang Miza ceburi sebenarnya jauh berbeza.
Memiliki segulung diploma dan ijazah dalam bidang kejuruteraan, Miza pernah berkhidmat sebagai Perunding Kejuruteraan di sebuah syarikat di Subang.
Biarpun sudah mempunyai kerjaya stabil, gadis peramah ini sanggup berhenti kerja semata-mata ingin mengejar impian sebagai pelakon.
Menurut Miza, keputusannya itu diambil setelah benar-benar yakin jiwanya bukan ke arah bidang kejuruteraan.
“Sebelum ini, saya mengambil bidang kejuruteraan bagi memenuhi hasrat ibu dan sudah pun melaksanakannya.
“Apabila merasakan diri ini tetap tidak serasi dengan bidang itu, saya memberitahu ibu untuk menceburi dunia seni yang sudah lama saya minati.
“Akhirnya ibu bersetuju dan dia sendiri menyarankan agar saya menyertai uji bakat PK3,” katanya.
Tak suka separuh jalan
Memulakan perjalanan di usia agak lewat, Miza tidak mahu menjadikannya sebagai penghalang hasrat sejak sekian lama.
Malah, menjadi kepantangan Miza sekiranya sesuatu kerja dibuat sambil lewa dan berhenti separuh jalan.
“Misalnya, dulu walaupun saya tidak minat kejuruteraan, namun saya tetap menghabiskan pengajian.
“Begitu juga dengan bidang seni, saya akan terus berusaha agar nama Miza Azura akan dikenali dalam kalangan penonton,” katanya.
Pernah menghiasi iklan komersial seperti Celcom, Sunquick dan Sunlight, Miza menjadikan pengalaman itu dan ilmu ditimba di PK3 sebagai kelebihan diri.
“Sebagai bekas peserta PK3, banyak ilmu lakonan yang dipelajari dan akan saya gunakan sebaik mungkin.
“Saya juga berharap agar PK3 terus disambung ke musim berikutnya kerana program ini banyak membantu pelakon baru seperti saya mencari tapak,” akhirinya.
Sumber : Sinar Harian
nak kongsi sikit, jemput tengok blog saya,thankz
ReplyDeletehttp://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/