Jurucakap polis Petaling Jaya berkata, kereta Proton Perdana dipandu Boon Huat dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air di LDP dalam kejadian awal pagi itu.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto ehsan Bomba dan Penyelamat |
Pemain hoki maut kemalangan
Jurucakap polis Petaling Jaya berkata, kereta Proton Perdana dipandu Boon Huat dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air di LDP dalam kejadian awal pagi itu.
Keadaan kereta mangsa yang remuk. Foto Ehsan Bomba dan Penyelamat |
Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.
Beliau berkata Boon Huat mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Boon Huat merupakan antara pemain hoki negara paling lama yang mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.- Bernama
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment