Zuhaidah dalam laman Instagramnya kira-kira pukul 9 pagi ini memaklumkan bahawa beliau sedang berada di dalam ambulans untuk membawa Adi atau sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, di hospital.
ADI PUTRA MENGALAMI MASALAH KESIHATAN | BERADA DI WAD KECEMASAN - Gambar Dari Fanpage Adi Putra |
Adi Putra berada di wad kecemasan - Isteri
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pelakon popular Adi Putra berada di wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami masalah kesihatan pagi ini.
Bagaimanapun, isterinya, Zuhaidah Yisof, 38, ketika dihubungi Utusan Online enggan menjawab sebarang soalan, termasuk keadaan suaminya dan hospital berkenaan.
"Maaf saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang. Kami masih berada di wad kecemasan," katanya ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Zuhaidah dalam laman Instagramnya kira-kira pukul 9 pagi ini memaklumkan bahawa beliau sedang berada di dalam ambulans untuk membawa Adi atau sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, di hospital.
Adi sebelum Aidilfitri lalu dilapor berada di Mekah kerana menunaikan umrah. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment