Pages

Monday, 5 August 2013

KANAK-KANAK 6 TAHUN MATI LEMAS JATUH DALAM TALI AIR KETIKA MENUNGGANG BASIKAL

Dalam kejadian kedua, pelajar pra sekolah, Siti Zubaidah Mohd Rudi, 6, mati lemas setelah terjatuh di dalam parit tali air ketika menunggang basikal.

Anak ke kedai tak balik-balik
Mohd Rudi menunjukkan tempat yang dipercayai anaknya terjatuh ke daam parit ali air. Gambar kecil : Siti Zubaidah

Anak ke kedai tak balik-balik

BESUT - Lagi berita lemas di Besut.

Dalam kejadian kedua, pelajar pra sekolah, Siti Zubaidah Mohd Rudi, 6, mati lemas setelah terjatuh di dalam parit tali air ketika menunggang basikal.

Ketika itu, mangsa baru pulang dari kedai di Kampung Padang Bual dekat Pasir Akar, Hulu Besut.

Kejadian berlaku antara jam 6 hingga 8.30 malam kelmarin.

Bapa mangsa, Mohd Rudi Jusoh, 50, berkata, sebelum itu, anak bongsu daripada sembilan beradik itu pergi ke kedai runcit yang terletak kira-kira 150 meter dari rumahnya dengan menunggang basikal seorang diri.

Menurutnya, untuk ke kedai, anaknya perlu melalui sebuah jambatan simen menyeberangi sebatang parit tali air seluas hampir 10 meter.

“Dia keluar ke rumah kira-kira pukul  6 petang dan memberitahu  hendak ke kedai manakala saya dan ibunya ada di rumah.

“Namun saya mula tidak sedap hati kerana walaupun sudah jam 7 malam, dia masih tidak pulang dan cuba mencarinya di kawasan sekitar namun gagal,” katanya.

Bapa minta bantuan orang kampung

Mohd Rudi, seorang tukang besi yang membuat senjata tajam seperti keris dan parang di rumahnya, kemudiannya terlebih dahulu pergi berbuka puasa di Masjid Kampung Padang Bual yang terletak berhampiran rumahnya, selepas usaha mencari anaknya pada mulanya tidak berjaya.

Di masjid, dia turut memberitahu jemaah masjid mengenai kehilangan anaknya dan meminta bantuan mencari anak perempuannya yang masih tidak pulang.

“Ketika solat Isyak seorang penduduk kampung memberitahu menemui sebelah selipar yang dipakai anak saya di bawah tebing parit tali air bahagian hujung jambatan. Penduduk yang mengesyaki Siti
Zubaizah jatuh di situ mula menyelam di dalam parit sedalam kira-kira 2 meter itu.

“Sebaik menyelam, penduduk menemui basikal yang dinaikinya di dasar parit dan selepas menyelam beberapa meter ke bahagian hilir tali air,  penduduk menemui anak saya di situ dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” katanya sedih.

Tangan mangsa genggam rumput

Paling menyedihkan Mohd Rudi, mayat anaknya ditemui dalam keadaan tangan masih menggenggam rumput di tebing parit tali air tersebut.

Dia percaya anaknya cuba berpegang pada rumput namun tidak berdaya, kerana air parit yang dalam tambahan pula dia tidak pandai berenang.

“Anak saya baru pandai menunggang basikal bulan lepas dan dia sering ke kedai seorang diri. Saya percaya dia jatuh akibat gagal mengawal basikal itu ketika pulang dari kedai," katanya yang memberitahu rumahnya terletak kira-kira 30 meter dari parit itu.

Menurutnya, walaupun amat sedih dengan kejadian itu tambahan lagi pada saat akhir sebelum ketibaan Aidilfitri, namun dia sekeluarga reda.

Katanya, terdapat perubahan ketara pada anaknya itu dua hari sebelum kejadian apabila dia bersungguh-sungguh meminta mahu mengaji al-Quran.

“Dia nak sangat membaca al-Quran dan saya ajar dia membaca beberapa surah al-Quran menyebabkan dia gembira. Perubahan itu rupa-rupanya tanda dia mahu kembali menemui penciptaNya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk dibedah siasat dan pegawai perubatan mengesahkan kedua-dua mereka meninggal dunia akibat lemas.

Menurutnya, siasatan mendapati tidak ada unsur-unsur khianat atau jenayah terhadap mangsa.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment