Pages

Saturday, 17 August 2013

KEMESRAAN KETARA, ZUL ARIFFIN BERCINTA DENGAN NASHA AZIZ?

Kini kecoh pula dikatakan pelakon ini mempunyai hubungan istimewa dengan aktres yang juga seorang model, Nasha Aziz.

Zul Ariffin nafi bercinta dengan Nasha Aziz
Zul Ariffin nafi bercinta dengan Nasha Aziz


Zul Ariffin nafi bercinta dengan Nasha Aziz


Baru sahaja kita mendengar cerita tentang hubungan cinta serius yang terjalin antara aktor Zul Ariffin dengan penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, malah Zul juga ada mengatakan mahu memantapkan ilmu agama sebelum menyunting Gayatri menjadi isteri.
Kini kecoh pula dikatakan pelakon ini mempunyai hubungan istimewa dengan aktres yang juga seorang model, Nasha Aziz.
Khabarnya, mereka mula menjalin hubungan cinta selepas bergandingan buat kali pertama dalam telefilem raya "Kasih Bersulam Daun Palas".
Ekoran daripada desas-desus ini, Zul mengaku bahawa dia sememangnya bercinta dalam babak telefilem berkenaan tetapi bukan di luar lakonan.
"Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta? Saya akui kami berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telefilem "Kasih Bersulam Daun Palas".  Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telefilem yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada hubungan istimewa antara kami," kata Zul seperti dipetik dari laporan Kosmo!.
Ketika ditanya mengenai kemesraan mereka yang dilihat ketara sewaktu di lokasi penggambaran, Zul memberitahu bahawa tidak ada salahnya bagi mereka untuk mesra demi mencari keserasian namun kemesraan tersebut bukanlah ke tahap serius.
"Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.
"Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut," jelasnya lagi.
Tambah Zul, dia menghormati Nasha sebagai seorang artis yang lebih berpengalaman dan merasa bangga dapat bergandingan dengan pelakon profesional seperti Nasha.

No comments:

Post a Comment