Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua terlibat cedera di kepala dan badan, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.
Keadaan mangsa yang tersepit di bawah kereta. |
5 kakitangan TNB tersepit
KULIM - Lima kakitangan TNB tersepit apabila kereta jenis Toyota SEG dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Jalan Lebuh Perdana kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua terlibat cedera di kepala dan badan, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.
Kereta mangsa merempuh tebing jalan dan pokok sebelum terbalik dalam kemalangan itu. |
Menurutnya, mangsa datang dari arah lampu isyarat Taman Industeri Waja menuju ke lampu isyarat Lebuh Raya Perdana.
"Ketika melalui satu selekoh, pemandu terlibat gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh pembahagi jalan, sebatang pokok dan tiang lampu yang berada di tengah jalan sebelum terbalik.
"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hi-Tech dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di tempat duduk," katanya.
Semua mangsa terlibat kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Dari laporan diterima ada dalam kalangan mangsa terlibat patah anggota badan.
Semua mangsa terlibat kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Dari laporan diterima ada dalam kalangan mangsa terlibat patah anggota badan.
Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kemalangan.
Ghuzlan turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak memandu laju dan sentiasa mematuhi undang-undang.
Ghuzlan turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak memandu laju dan sentiasa mematuhi undang-undang.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment