Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut dijangka melanda negeri ini pada sebelah petang dan hanya melibatkan beberapa kawasan.
PULAU PINANG DIJANGKA DILANDA RIBUT |
Pulau Pinang dijangka alami ribut
GEORGETOWN - Pulau Pinang dijangka dilanda ribut sehingga hari ini setelah angin bertiup kencang sejak kelmarin.
Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut dijangka melanda negeri ini pada sebelah petang dan hanya melibatkan beberapa kawasan.
Bagaimanapun, pada hari ini, hujan renyai dijangka turun pada sebelah pagi dan malam manakala ribut dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa kawasan.
Sementara itu, cuaca dijangka stabil pada esok (Ahad) apabila hanya hujan sementara di beberapa kawasan pada tengah hari manakala tiada hujan pada pagi dan malam yang dijangka berterusan sehingga Isnin.
Orang ramai diminta berada di kawasan yang selamat untuk tempoh jangkaan ribut bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Kelmarin, sembilan orang cedera manakala dua lagi maut dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di negeri ini pada jam 6.45 petang.
Kejadian itu mengakibatkan rod penebat kilat di atas bangunan Menara Umno di Jalan Macalister terjatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment