Pages

Tuesday, 25 June 2013

JEREBU BOLEH BUAT ORANG 'STRESS'

Keadaan ini menjadi lebih serius lagi kerana dalam jerebu itu, suhu udara juga meningkat tinggi, lalu suhu nafsu amarah dan panas baran juga akan bertambah.

Dr Ismail Ibrahim
Dr Ismail Ibrahim bekas Ketua Pengarah Ikim

Jerebu boleh buat orang stress

KEPELBAGAIAN perkembangan yang menyulitkan hidup kita semakin bertambah. Rakyat segala peringkat umur merasa stress dan tertekan.
Hal ini kadang-kadang mengganggu minda dan emosi sesetengah orang, sehingga mempengaruhi gaya hidup dan gerak-laku dalam segala urusan dan tindakannya.
Mungkin cara bercakap dengan orang lain, malah cara memandu kenderaan, berjalan di atas jalan raya, cara menjalankan tanggung jawab di pejabat atau tempat kerja lain berubah, cepat moody, menjadi marah dan sebagainya.
Keadaan ini menjadi lebih serius lagi kerana dalam jerebu itu, suhu udara juga meningkat tinggi, lalu suhu nafsu amarah dan panas baran juga akan bertambah.
Hati-hatilah semua dalam jerebu dan udara panas ini. Take it easy.
Jerebu dalam alam sekitar, sakit tekak, lelah, batuk, bersin dan berbagai-bagai simptom lagi amat merimaskan perasaan dan hati di dalam juga, menyentuh perasaan dan emosi serta seribu satu rasa yang tidak diketahui.
Hal ini memberi kesan negatif dalam berbicara dan bercakap, dalam membeli-belah, memandu kenderaan, malah jerebu alam maya ini ditambah pula dalam pergolakaan politik yang juga menjadikan negara dalam keadaan mendung, panas, meletup dan bergolak dengan amat hebat sekali.  
Kenapa tiba-tiba semuanya ini berlaku serentak?
Alam buana nampak seperti marah kepada manusia, gunung-ganang nampaknya berasap tebal, sekolah juga ditutup, darurat pun di isytiharkan dan dalam keadaan ini pula manusia mahu berpesta 505.
Berkhemah di padang yang tidak seharusnya dijadikan rumah, kerana semuanya punya rumah yang selesa, bukan gelandangan yang tidur bergelimpangan di atas jalan, tanpa bantal dan tilam.
Apakah yang mereka marahkan?
Namun kita yang tidak faham semuanya ini, jagalah perasaan dan minda.
Hati-hati mengurus kesihatan fizikal dan spiritual.
Manage your stress....Manage your emotion, manage your life and intellectual, we are human beings...
ALLAH berikan akal dan hati kecil....
* Datuk Dr Ismail Ibrahim merupakan bekas Ketua Pengarah Ikim

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment