Berkongsi pandangan sendiri, Nelydia berpendapat, kahwin muda dapat menjadikan diri seseorang itu dewasa.
Nelydia bakal muncul dalam filem pertamanya, Cinderella arahan Ahmad Idham. - Foto: Zulfadhli Zaki |
Nelydia belum sedia kahwin muda
PELAKON cantik, Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen kini semakin mendapat tempat di hati peminat selepas kemunculannya sebagai Ersalina dalam drama adaptasi novel, Setia Hujung Nyawa.
Dalam drama itu, Nelydia terpaksa berkahwin pada usia muda dengan pelakon, Amar Asyraf.
Namun, dalam dunia realitinya, pelakon berusia 18 tahun ini akui masih belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat.
“Nely pun tak boleh nak cakap sedia atau tidak. Kalau Nely cakap Nely sudah bersedia, rupanya tak sedia lagi. Kalau cakap tak sedia, sekali tengok Nely kahwin tahun depan. Jadi, sedia tak sedia itu sesuatu yang susah nak cakap.
“Kadang-kadang bila kita cakap tak sedia itu, itulah masa yang kita paling sedia. Kahwin awal itu, kalau tanya sekarang ini, Nely belum seratus peratus bersedia. Sebab banyak lagi benda yang Nely kena belajar. Ada ke orang nak kahwin dengan perempuan yang tak tahu apa-apa dalam hidup?,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui baru-baru ini.
Berkongsi pandangan sendiri, Nelydia berpendapat, kahwin muda dapat menjadikan diri seseorang itu dewasa.
“Kahwin muda ini salah satu kebaikannya adalah mengelakkan maksiat. Dapat melarikan diri kita daripada...tahu sajalah pada usia muda ini darah tengah panas.
“Dapat kenal pasangan pada usia kita yang tengah ‘hyper’. Jadi, ia ajar kita untuk menjadi dewasa. Cuma, kalau kena kahwin muda itu, kita kena terima dia dengan ikhlaslah walaupun kahwin paksa. Pasti hujungnya akan ada hikmah,” katanya.
Ketika ditanya tentang kisah cintanya dengan Qi Razali, Nelydia menegaskan tidak pernah memberitahu bahawa dirinya sedang bercinta.
“Nely tak pernah ‘declare’ Nely mempunyai teman lelaki. Pada Nely, cinta itu suatu benda yang belum seratus peratus pasti. Belum hak kita.
“Nely lagi suka nak ‘declare’ ke apa ke, benda yang Nely dah pasti. Kalau macam ini takut bukan apa...bukanlah kita menidakkan cuma kita nak jaga banyak pihak. Akan datang , jadi atau tidak sekurang-kurangnya kita tak perlu tergopoh gapah,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, “Biar Allah yang tentukan jalan untuk kita. Berkawan itu berkawanlah. Tapi untuk mengheboh-hebohkan kepada orang lain, tak lah.”
Sinar Harian
masing-masing ada pendapat sendiri kan.
ReplyDelete