“Atas nasihat seorang rakan, saya memberinya makan lalat dan air kopi manis. Memang pelik, namun itulah kesukaan haiwan berkenaan terutama minuman yang manis,” katanya.
Zali menunjukkan cicak berekor tiga yang ditemui di rumahnya dua minggu lalu. |
Cicak ekor tiga minum kopi
MUAR – Seorang lelaki terkejut selepas menemui seekor cicak yang mempunyai tiga ekor di rumahnya di Taman Mas Ria, di sini, kira-kira dua minggu lalu.
Zali Bahaman, 56, berkata, dia menemui cicak itu di ruang tamu rumahnya ketika sedang menonton televisyen.
Menurutnya, keunikan pada haiwan itu disedarinya ketika ingin membuang cicak berkenaan.
“Apabila diamati cicak ini memiliki lebih daripada satu ekor bukan seperti kebiasaan telah membantutkan hasrat untuk membuang haiwan berkenaan.
“Saya meletakkannya diletakkan di dalam sebuah balang plastik kerana dia belum menemui bekas yang sesuai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Zali berkata, seumur hidupnya, dia belum pernah melihat cicak yang memiliki tiga ekor seperti itu.
Katanya, sejak haiwan berkenaan berada di bawah jagaan keluarganya, cicak berkenaan kelihatan normal seperti biasa dan keluarganya tidak mengalami sebarang kejadian pelik.
“Cuma cicak ini sering mengeluarkan bunyian lebih nyaring pada waktu malam terutamanya jika ia terlihat cicak lain.
“Atas nasihat seorang rakan, saya memberinya makan lalat dan air kopi manis. Memang pelik, namun itulah kesukaan haiwan berkenaan terutama minuman yang manis,” katanya.
Zali berkata, keunikan yang jarang ditemui itu telah mendorongnya untuk terus membela haiwan berkenaan.
“Saya ada cerita tentang penemuan tersebut kepada rakan-rakan dan sejak itu rumah sering menjadi tumpuan ramai orang.
“Mereka terlalu teruja untuk melihat keunikan ini meskipun ada seorang peniaga Cina menawarkan RM300 untuk membeli cicak ini,” katanya.
Beliau berkata, dia tidak bercadang untuk menjualnya walaupun ada pihak yang ingin menawarkan harga yang lumayan.
“Cicak ini tidak akan dijual, namun kepada orang ramai yang ingin melihatnya sendiri bolehlah berkunjung ke rumah,” katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment