Pages

Saturday, 15 June 2013

PROTON MAMPU MILIK | PROTON SAGA SV HANYA RM250 SEBULAN

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

proton-saga-sv-from-rm33888-2
PROTON MAMPU MILIK | PROTON SAGA SV HANYA RM250 SEBULAN
- Gambar Carian Google


Proton Saga SV lebih nilai berbanding harga


PETALING JAYA 15 Jun - Proton hari ini melancarkan Saga SV terbaharu dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

"Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya.

"Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini," katanya ketika majlis pelancaran Proton Saga SV di Mutiara Damansara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV.

"Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khamil juga berkata, mereka sedang meneliti untuk menyelaraskan harga antara Sabah dan Sarawak serta Semenanjung.

"Buat masa ini, kita terpaksa meneliti mengenai lojistik dan keperluan lain yang menyebabkan harga berlainan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Namun insya-Allah, ia mampu dilakukan," katanya. 


- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment