Pages

Wednesday, 19 June 2013

MURID TAHUN DUA MAUT JATUH TURUN TANGGA SEKOLAH

Muhammad Khairul Hakimi Abd Ghani, 8, meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik kesihatan berhampiran.

MURID TAHUN DUA MAUT JATUH TURUN TANGGA SEKOLAH
- Gambar Hiasan Carian Google

Murid maut jatuh turun tangga

BATU PAHAT – Seorang murid tahun dua di sebuah sekolah dekat sini, maut selepas terjatuh ketika menuruni tangga dengan cara menggelongsor pada pemegang tangan di tangga tingkat dua blok A sekolah terbabit, kelmarin.
Muhammad Khairul Hakimi Abd Ghani, 8, meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik kesihatan berhampiran.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang selepas tamat waktu persekolahan.
Menurutnya, mangsa terjatuh di bahagian tengah tangga antara tingkat dua dan tingkat satu ketika menggelongsor di pemegang tangga.
“Mangsa tidak sedarkan diri dan dipercayai mengalami kecederaan dalaman. Dia disahkan maut di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.
“Laporan bedah siasat yang dibuat mendapati tempurung kepala mangsa pecah menjadi penyebab dia meninggal dunia.
“Kita menasihati orang ramai, terutamanya ibu bapa, agar menasihati anak-anak supaya lebih berhati-hati di mana sahaja.
“Tiada unsur jenayah dalam kes ini. Ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pengawasan guru ketika waktu persekolahan penting.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Khairul Hakim.

“Saya mencadangkan besi di kawasan tangga dilengkapi ciri-ciri keselamatan bagi mengelak kejadian seperti ini berlaku lagi,” katanya.
Bagaimanapun katanya, dalam kes itu, tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Cuma saya menyarankan kepada pihak sekolah agar pendedahan mengenai aspek keselamatan kepada murid-murid perlu dilakukan secara rutin.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment