Pages

Monday, 24 June 2013

5 KERETA PELANGGAN HANGUS TERBAKAR

Pemilik bengkel hanya mahu dikenali sebagai Ah Keng, 39, berkata, dia yang sampai di bengkel kira-kira jam 10.30 melihat bomba sudah memadamkan api dan lima kereta hangus dan sebuah kereta saga terkena api bahagian hadapan.

Lima kereta pelanggan hangus
Antara kereta milik pelanggan yang hangus dalam kebakaran tersebut.

Lima kereta pelanggan hangus


BATU BERENDAM - Seorang pengusaha bengkel membaiki kereta hanya mampu tergamam dan terkedu apabila melihat lima kereta pelanggannya hangus terbakar dalam kejadian kebakaran di Taman Dato’ Tamby Chik Karim, malam kelmarin.

Pemilik bengkel hanya mahu dikenali sebagai Ah Keng, 39, berkata, dia yang sampai di bengkel kira-kira jam 10.30 melihat bomba sudah memadamkan api dan lima kereta hangus dan sebuah kereta saga terkena api bahagian hadapan.

Bagaimanapun, dia bersyukur empat kereta jenis Volvo, Honda Civic, Toyota Vios dan Proton Waja  milik pelanggan yang berada di bahagian dalam premis tidak turut terbakar dalam kejadian jam 9.40 malam.

“Saya tutup bengkel kira-kira jam 8.45 malam (kelmarin) dan balik ke rumah di Paya Rumput namun kira-kira dua jam kemudian, seorang rakan menghubungi dan memaklumkan mengenai kebakaran bengkel saya.

“Saya bergegas ke bengkel namun apabila sampai bomba sudah pun memadamkan api dan saya melihat lima buah kereta iaitu dua buah Perodua Kancil, Proton Wira, Saga dan Atos sudah hangus,” katanya.

Menurut Ah Keng, dia mengalami kerugian kira-kira RM200,000 apabila enam buah kereta terbakar termasuk Proton Saga yang hangus bahagian hadapan sahaja selain kerosakan di bengkelnya.

“Semua kereta milik pelanggan yang mengalami kemalangan ini sedang dibaiki selepas dihantar ke bengkel kira-kira dua dan tiga minggu lalu.

“Kebakaran seperti ini pertama kali berlaku pada bengkel saya sejak mula beroperasi 10 tahun lalu. Bagaimanapun, mujur tiada nyawa yang terkorban,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Shahril Zauni berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 9.42 malam.

“Sebanyak tiga jentera dengan kekuatan anggota seramai 14 orang dari BBP Ayer Keroh, Bukit Katil dan Jalan Kubu dikejarkan ke tempat kejadian dan sampai 9.54 malam.

“Apabila sampai kami melihat api marak di bahagian hadapan serta kiri premis. Bagaimanapun api dapat dikawal 14 minit kemudian sebelum padam sepenuhnya jam 11.11 malam sekali gus berjaya mengelakkan api dari merebak ke bahagian dalam premis,” katanya.

Menurutnya, punca kebakaran yang membabitkan 30 peratus daripada premis dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan pihaknya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment