Pages

Tuesday, 9 July 2013

SUKMA 2013 DIPENUHI KEJUTAN

Sukma bagaimanapun, dimulakan dengan berita kemungkinan beberapa acara terpaksa dibatalkan ekoran pencemaran udara (jerebu) di sekitar Lembah Klang  yang mencapai bacaan  tidak sihat.

Sukma 2013 penuh kejutan
JUARA ... Kontinjen Selangor bersorak gembira selepas dinobatkan juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 pada Majlis Penutup Sukma ke-16 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN). Selangor mengumpul 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa.

Sukma 2013 penuh kejutan


TEMASYA Sukan Malaysia (Sukma) 2013 edisi ke-16 yang berakhir kelmarin, melabuhkan tirainya dengan catatan sejarah tersendiri.

Sukma bagaimanapun, dimulakan dengan berita kemungkinan beberapa acara terpaksa dibatalkan ekoran pencemaran udara (jerebu) di sekitar Lembah Klang  yang mencapai bacaan  tidak sihat.

Namun hujan amat membantu dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lembah Klang menunjukkan perkembangan positif ketika jendela kejohanan hampir dibuka.

Kebimbangan semua kontinjen terlibat berakhir, dan atlet dibenarkan bertanding dalam semua acara tanpa perlu ia ditangguhkan.

Di pertengahan acara pula, boleh disimpulkan tiada lagi dominasi kontinjen tertentu. Sebaliknya menunjukkan penguasaan beberapa negeri lain dalam acara seperti silambam (Kedah), muaythai (Kelantan), woodball (Pahang), dan Selangor menerusi acara gimnastik artistik.

Ini petanda baik terutama kepada pembangunan sukan negeri itu. Positifnya setiap negeri begitu serius membangunkan acara sukan kurang popular atau sukan bukan pilihan.

Namun, sukar untuk membuat penilaian terhadap prestasi seseorang atlet memandangkan pertandingan edisi kali ini, tidak mempertandingkan acara melibatkan perkiraan seperti catatan masa.

Tetapi,  pencapaian dilihat lebih kepada rekod peribadi atlet itu sendiri.Sukma kemudiannya diakhiri dengan kejutan kontinjen Selangor yang kembali  bergelar juara keseluruhan buat kali kelapan sejak ia diadakan pada 1986. Kali terakhir Selangor muncul juara pada temasya di Kedah, pada 2006.

Kejuaraan kontinjen Merah Kuning menamatkan dominasi gelaran Terengganu selama empat edisi berturut-turut yang diraih sejak edisi 2008, ketika Terengganu menjadi tuan rumah buat pertama kalinya.

Namun, di kala pasukan dan kontinjen meraikan kemenangan dan kejayaan demi kejayaan tidak kurang juga yang menangisi kekalahan dan kecewa, kerana pulang tanpa pingat.

Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan perkhabaran tidak enak dek kemunculan berita di luar jangkaan. Kes rogol membabitkan seorang pegawai pengiring skuad bola baling Wilayah Persekutuan dan berita penahan reman atlet dari acara sama.

Kes ini jelas mencalar kemeriahan kejohanan dan menunjukkan betapa longgarnya tahap disiplin atlet dan pegawai terbabit. Membawa dan minum minuman keras ketika kejohanan masih berlangsung adalah kesalahan besar.

Mereka sedia maklum perkara itu, tetapi kesedaran lemah pada mereka terlibat membawa kepada insiden tidak bermoral, amat mendukacitakan dan dikesali. Mustahil mereka tidak tahu peraturan dan etika kejohanan.

Namun, perlu diingat tanggungjawab menjaga disiplin, keselamatan adalah tugas semua pihak, baik diri sendiri mahupun pihak penganjur dan pengurusan kontinjen bertanding. Adalah tidak wajar menuding jari mencari kesilapan sesetengah pihak.

Apa juga yang berlaku, ia menjadi pengajaran berguna untuk semua. Jangan ulangi kesilapan.  Selain soal keselamatan, perkara lain yang perlu dititikberatkan, adalah hal berkaitan promosi. Rata-rata peminat sukan tanah air, tidak sedar akan kewujudan temasya ini.

Walaupun berstatus Sukma mini dan hanya sukan kurang popular dan bukan pilihan dipertanding, tetapi kerja promosi tidak harus dipandang sepi. Banting menandakan kejohanan berlangsung hanya diletak di sekitar venue dan jalan menuju ke venue pertandingan.

Perlu diingat sukan ini adalah medan mencungkil bakat sebelum di ke tengah ke peringkat kebangsaan. Promosi penting untuk membantu perkembangan atlet bertanding. Tidak mustahil mereka yang bertanding dalam acara kurang popular seperti sukan polo air, mampu menaikkan nama negara di kejohanan berprestij seperti di Sukan Olimpik.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment