Pages

Wednesday, 10 July 2013

BARANGAN TIRUAN JENAMA 'THE RED WARRIORS' DIRAMPAS PPDNKK

"Anggaran jersi The Red Warriors dipakai penonton kira-kira 300,000 helai, tapi kita hanya keluarkan 30,000 hingga 40,000 jersi original dan ini mengakibatkan kerugian besar kepada persatuan," katanya.

Pegawai PPDNKK Kelantan mengira sarung telefon bimbit tiruan jenama TRW yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah pusat membeli-belas di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama

Barangan tiruan jenama TRW dirampas

KOTA BHARU - Sebanyak 2,200 unit sarung telefon bimbit dan tablet berjenama 'The Red Warriors' bernilai kira-kira RM84,000 dirampas dalam serbuan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(PPDNKK) Kelantan di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan PPDNKK Kelantan Ab Ghani Harun berkata rampasan itu dilakukan selepas dilaporkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengenai penjualan sarung berkenaan tanpa mendapat kelulusan Kafa.
"Saya difahamkan barangan ini dari Kuala Lumpur tetapi pengilangnya masih tidak dapat dikesan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Ab Ghani berkata pemilik kedai akan didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM15,000 bagi setiap unit sarung itu.

Beliau turut meminta penjual yang menjual barangan ini secara kecil-kecilan termasuk di pasar malam supaya menghentikan penjualan itu sebelum dikenakan tindakan.

Sementara itu, Pengerusi Barangan, Kedai dan Acara Kafa, Muhammad Azlan Yusof berkata persatuan itu turut meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau penjualan pelbagai barangan The Red Warriors di laman sesawang sehingga mengakibatkan kerugian besar kepada persatuan itu.
"Kafa sedang berbincang dengan SKMM cara-cara untuk membanteras penjualan barangan The Red Warriors kerana sekarang ini memang berleluasa dan tidak terkawal.
"Anggaran jersi The Red Warriors dipakai penonton kira-kira 300,000 helai, tapi kita hanya keluarkan 30,000 hingga 40,000 jersi original dan ini mengakibatkan kerugian besar kepada persatuan," katanya.
Muhammad Azlan berkata Kafa telah mengeluarkan kira-kira 180 item di bawah jenama The Red Warriors dan peniaga yang berminat boleh menghubungi persatuan itu untuk mendapatkan lesen bagi menjual pelbagai barangan berkenaan.
"Kita kenakan bayaran antara RM5,000 dan RM20,000 bagi peniaga untuk mendapatkan lesen mengeluarkan barangan The Red Warriors di bawah syarikat mereka sendiri," katanya. - Bernama

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment