Berpeluang menemui pelakon cantik ini di Majlis Pelancaran dan Sidang Media Drama Bersiri Autumn Di Hatiku, kelmarin, Hanez akui masih sayangkan Awi.
Hanez selesa fokus pada kerjaya. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI |
Hanez Suraya belum terlintas cari pengganti
BARU-baru ini, kisah cinta pasangan selebriti, Hanez Suraya dan Awi Rafael disahkan putus di tengah jalan. Sejak itu, Hanez mahupun Awi menjadi tumpuan umum sehingga ada yang mengaitkan berkahirnya hubungan cinta selama setahun itu kerana wujudnya orang ketiga.
Berpeluang menemui pelakon cantik ini di Majlis Pelancaran dan Sidang Media Drama Bersiri Autumn Di Hatiku, kelmarin, Hanez akui masih sayangkan Awi.
Hanez akui memang mesra dengan JS. Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI. |
“Hanez memang masih sayangkan Awi. Mungkin sebab dulu, kami terlalu rapat. Tak dinafikan, mula-mula memang tak boleh terima tapi disebabkan hubungan kami dah lama dingin, jadi, Hanez lebih tenang dan sudah boleh menerima semua ini,” katanya.
Menolak keputusan itu diambil kerana orang ketiga, Hanez menjelaskan keadaan tersebut.
“Kami dah lama renggang, bukan sebab orang ketiga. Sekarang ini yang penting, fokus saya hanya pada kerja. Hubungan kami putus kerana komitmen kerja masing-masing. Buat masa ini tak terlintas untuk Hanez terima cinta baru ataupun kembali kepada Awi semula,” katanya.
Meskipun hubungan cinta itu sudah tiada, namun Hanez memberitahu hubungan kekeluargaan dengan keluarga Awi masih baik.
“Hubungan kekeluargaan kami masih lagi baik. Saya juga masih berhubung dengan keluarganya kerana itu memang tidak dapat dipisahkan lagi.
“Cuma, sekarang ini kami membawa hati masing-masing,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru, Hanez bakal tampil dengan drama bersiri terbaru berjudul Autumn Di Hatiku yang menggandingkannya dengan pelakon dari Korea Selatan, Kim Jin Sung atau JS.
Sinar Harian Online sempat bertanya pandangan Hanez tentang keperibadian JS di dalam dan di luar set penggambaran.
“Kami menjalani penggambaran selama lapan hari sahaja. JS seorang yang rajin bekerja dan tidak malu untuk bertanya. Saya ingat dia sombong tapi sebenarnya tidak.
“Sebenarnya JS seorang yang kelakar. Buli mesti buli...Apabila dia buli Hanez, Hanez buli dia balik,” katanya.
Hanez akui perbezaan berlakon bersama pelakon luar hanya dari segi budaya dan bahasa sahaja.
“Semua sama cuma budaya saja yang lain dan bahasa. Tapi untuk bawa dia keluar makan tak ada hal sebab dia suka makan. Tak sangka dia boleh makan nasi kerabu dan nasi dagang,” katanya.
Di dunia realiti, Hanez kelihatan mesra dengan JS baik dalam gambar mahupun di dalam siri-siri temu bual yang dihadiri mereka.
Katanya, “kami nampak mesra sebab kami berkawan. Kami cuma buat kerja sahaja.”
Autumn Di Hatiku bakal disiarkan bermula esok di portal video, Tonton pada jam 12 tengah hari.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment