Pages

Thursday, 11 July 2013

PELAKON WANITA ERA 80-AN DIDAKWA TIPU PEMBELIAN 4 LOT TANAH

Bagi empat pertuduhan menipu, Putri Salbiah, 49, didakwa menipu seorang peguam, Ng Miow Hia, 48, dengan memperkenalkan orang bersamanya ketika itu, Maajis Senan, 69, dan Yang Azizah Mohamed Yaacob, 72, adalah Ahmad SK Duis dan Sipah Duis@Sipak Duez.
Pelakon Putri Salbiah hadapi empat tuduhan menipu beli tanah
- Sumber Gambar

Pelakon 80-an didakwa tipu palsukan dokumen


KUALA LUMPUR - Pelakon era 80-an, Putri Salbiah Megat Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan menipu berhubung pembelian empat lot tanah dan dua pertuduhan memalsukan dokumen, tiga tahun lepas.

   
Bagi empat pertuduhan menipu, Putri Salbiah, 49, didakwa menipu seorang peguam, Ng Miow Hia, 48, dengan memperkenalkan orang bersamanya ketika itu, Maajis Senan, 69, dan Yang Azizah Mohamed Yaacob, 72, adalah Ahmad SK Duis dan Sipah Duis@Sipak Duez.
   
Ahmad dan Sipah adalah pemilik tanah di Lot 1230, 1231, 1232 dan 1233 di Mukim Rim, Jasin, Melaka.
   
Putri Salbiah didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Burger King, tingkat bawah bangunan Kuala Lumpur City Centre, di sini pada 10.45 pagi, 1 April 2010 dan pada 11 pagi, 23 Jun 2010.
   
Bagi pertuduhan itu, Putri Salbiah didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memalsukan dokumen iaitu kad pengenalan atas nama Ahmad dan Sipah sebagai pengenalan bagi Maajis dan Yang Azizah.
   
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(j) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
   
Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan menurutnya jumlah itu munasabah kerana tertuduh tidak memberi kerjasama kepada polis dan ditangkap di Brunei dengan kerjasama pihak berkuasa negara itu serta dibawa ke Miri untuk direman.
   
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan memohon supaya jumlah itu dikurangkan kepada RM10,000 bagi kesemua pertuduhan kerana anak guamnya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi.
   
Mohd Shahrullah berkata tertuduh menjaga bapanya yang sakit di Brunei dan beliau akan memastikan anak guamnya hadir pada setiap prosiding dan perbicaraan di mahkamah.
   
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh dijamin RM24,000 bagi kesemua pertuduhan serta pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 16 Ogos bagi pengurusan kes. - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment