Akhbar Malay Mail mendedahkan adik Nawal Iris sering ditinggalkan di dalam Perodua Myvi milik ibunya yang ditempatkan bertentangan dengan bangunan utama sekolah selama berjam-jam lamanya hingga ibunya selesai bermesyuarat atau mengajar.
SIASATAN KES ADIK NAWAL IRIS MENINGGAL DALAM KERETA MENGEJUTKAN | SERING DITINGGALKAN DALAM KERETA |
Mengejutkan!! Adik Nawal Memang Sering Di Tinggal Dalam Kereta
Mengejutkan!! Adik Nawal Memang Sering Di Tinggal Dalam Kereta | Siasatan kes kematian adik Nawal Iris Samsudin, tiga tahun yang meninggal dunia setelah ditinggalkan bersendirian di dalam kereta baru-baru ini membawa kepada penemuan yang mengejutkan.
Akhbar Malay Mail mendedahkan adik Nawal Iris sering ditinggalkan di dalam Perodua Myvi milik ibunya yang ditempatkan bertentangan dengan bangunan utama sekolah selama berjam-jam lamanya hingga ibunya selesai bermesyuarat atau mengajar.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli yang mengesahkan dakwaan tersebut berkata, kenyataan-kenyataan yang diambil dari guru-guru SMK USJ4 menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut sering dibawa ke sekolah dan dibiarkan bermain di kawasan sekolah secara berseorangan.
Yahaya menambah, guru dan staf di sekolah tersebut sering mendapati bahawa kanak-kanak tersebut ditinggalkan dalam kereta dengan cermin yang diturunkan, berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta atau duduk bersendirian di bangku. Pihak polis telah mengambil kenyataan ibu bapa Nawal Isnin lalu.
‘Penemuan’ ini didapati bercanggah dengan komen yang diberikan oleh pihak pengawal keselamatan sekolah pada minggu lalu di mana mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah melihat kanak-kanak tersebut.
Kertas siasatan bagi kes itu kini dalam poses untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Pada 18 Julai lalu, Nawal meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang. Nawal meninggal dunia di klinik berdekatan dan bedah siasat mengesahkan ia berpunca dari strok haba.
No comments:
Post a Comment