BlackBerry Q5 menampilkan papan kekunci Qwerty klasik untuk komunikasi optimum dengan skrin sentuh 3.1 inci.
Asnamalai yakin jualan Blackberry akan meningkat sehingga 80 peratus dengan pelancaran Q5. - FOTO: ZULFADHLI ZAKI |
BlackBerry yakin jualan meningkat
BLACKBERRY Malaysia yakin akan mencapai pertumbuhan jualan 80 peratus menjelang hujung tahun ini disokong oleh pelancaran model telefon pintar terbarunya, BlackBerry Q5.
Pengarah Urusan BlackBerry Malaysia, Annamalai Muthu berkata, Malaysia adalah antara pasaran utama di Asia untuk jenama itu.
“Setakat ini kami berada di kedudukan yang kukuh dan merupakan salah satu daripada tiga jenama terbaik di Malaysia bagi telefon pintar berharga RM1,600 (AS$500) ke atas.
“Dengan pelancaran model ini kami yakin ia mampu menawarkan pengalaman terbaik kepada pengguna yang menginginkan kuasa BlackBerry 10 dengan reka bentuk dan warna yang menarik,” katanya selepas pelancaran telefon pintar itu, di Kuala Lumpur, kelmarin.
BlackBerry Q5 menampilkan papan kekunci Qwerty klasik untuk komunikasi optimum dengan skrin sentuh 3.1 inci.
Telefon pintar itu didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan merah dan bakal berada di pasaran 15 Julai ini dengan harga RM1,299.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment