Pages

Thursday, 4 July 2013

DEMONSTRASI JALANAN: AMBIL IKTIBAR KEJADIAN DI MESIR

Menurutnya, rakyat negeri ini perlu sedar bahawa demontrasi jalanan serta cara menggulingkan kerajaan menggunakan cara itu bukanlah yang terbaik kerana akhirnya rakyat yang menerima bebannya.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Ambil iktibar kisah Mesir


IPOH – Keadaan huru-hara yang berlaku di Mesir dan Turki ketika ini harus dijadikan iktibar oleh rakyat bahawa pentingnya menolak budaya demonstrasi jalanan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, rakyat di negara ini perlu bersyukur kerana keganasan seperti yang berlaku di kedua-dua negara itu tidak terjadi di negara ini.

Menurutnya, rakyat negeri ini perlu sedar bahawa demontrasi jalanan serta cara menggulingkan kerajaan menggunakan cara itu bukanlah yang terbaik kerana akhirnya rakyat yang menerima bebannya.

“Dulu penunjuk perasaan berjaya menjatuhkan Hosni Mubarak tetapi apabila Morshi dipilih sebagai presiden melalui pilihan raya namun terdapat sebilangan besar rakyat yang tidak berpuas hati  dan mahukan beliau meletak jawatan.

“Saya harap rakyat Malaysia di Perak supaya lebih prihatin dan sedar bahawa kegiatan demonstrasi jalanan boleh membinasakan sebuah negara. Kejadian di Mesir sudah beri kita gambaran jelas untuk kita menilai semula tindakan berdemonstrasi di jalanan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Zambry berkata, isu itu memberi impak yang besar kepada sesebuah negara apabila amalan demokrasi dipermain-permainkan.

“Kontroversi dan ketegangan berterusan di Mesir walaupun mereka selesai mengadakan pilihan raya selepas menjatuhkan Hosni.

“Cuba kita fikirkan sejenak apabila negara berada dalam keadaan sedemikian dan menggunakan jalan raya untuk menumbangkan pihak lawan jelas akan mendatangkan masalah kepada kedua-dua pihak yang akhirnya kedaulatan sesebuah negara itu akan terjejas dengan sendirinya,” katanya.

Mengulas lanjut, Zambry turut menjelaskan keselamatan pelajar Perak di Mesir masih lagi terkawal dan kerajaan negeri sentiasa memantau perkara tersebut dari semasa ke semasa.

“Kita telah menghubungi pegawai yang dipertanggungjawabkan mengikuti perkembangan lanjut pelajar kita di sana dan mereka maklumkan pada kita tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Namun begitu, mereka semua akan dipanggil pulang sekiranya keselamatan mereka di sana terancam berikutan pergolakan yang berlaku mutakhir ini dan tindakan memanggil pelajar-pelajar di Mesir itu pulang ke tanah air bergantung kepada keputusan kerajaan Persekutuan,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment