Menariknya, filem ini mempertaruhkan sepenuhnya pelakon Hollywood seperti Dominic Purcell (Prison Break dan Mission Imposibble II), Natassia Malthe (Elektra), Conan Stevens (The Hobbit), Jon Foo (Takken) dan Craig Fairbrass (House Of The Rising Sun).
VIKINGDOM: THE BLOOD ECLIPSE, FILEM TERBARU KRU STUDIOS |
Pertembungan epik & fantasi
Menariknya, filem ini mempertaruhkan sepenuhnya pelakon Hollywood seperti Dominic Purcell (Prison Break dan Mission Imposibble II), Natassia Malthe (Elektra), Conan Stevens (The Hobbit), Jon Foo (Takken) dan Craig Fairbrass (House Of The Rising Sun).
VIKINGDOM: THE BLOOD ECLIPSE, FILEM EPIK TERBARU KRU STUDIOS |
Vikingdom juga memperlihatkan Yusry Abdul Halim sekali lagi melakar satu sejarah peribadi buatnya dalam menghasilkan filem epik selepas Hikayat Merong Mahawangsa pada tahun 2011.
Menggunakan hampir 90 peratus Imej Janaan Komputer (CGI), Yusry telah berjaya menjimatkan banyak kos dengan menghasilkan filem ini 100 peratus di Malaysia bersama tenaga tempatan.
Penerbit KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya gembira apabila dapat menghasilkan filem bertaraf antarabangsa dengan kos yang lebih rendah.
"Jika mengikut kajian kami, untuk menghasilkan filem sebegini di luar negara, ia akan menelan belanja sehingga USD 60 juta. Jadi kami amat bangga kerana dapat menghasilkan Vikingdom dengan kos 10 peratus sahaja dari kos yang biasanya di tanggung oleh produksi luar," ujarnya yang mengakui kos filem ini banyak dilaburkan ketika babak akhir di Puncak Alam, Selangor.
Selain Puncak Alam, penggambaran filem ini turut dijalankan di beberapa lokasi lain seperti di Gua Tempurung, Kellie’d Castle di Perak serta di Filem Negara, Vikingdom membawa pertembungan antara epik dan fantasi, antara wira Viking iaitu Eirick dari Jomberg dengan Thor, Dewa Guruh yang mahu menakluki dunia.
Misi Thor ialah mengumpul semua kunci artifak purba - “Mjolnir” - tukul Thor dari Valhalla, “Necklace of Mary Magdalene” dari Mitgard dan “Horn” dari Helheim.
Semua artifak harus dikumpulkan sebelum Blood Eclipse, yang berlaku sekali setiap 800 tahun. Jika gagal, para Dewa Viking tidak boleh memerintah manusia lagi. Cuma satu orang boleh menghentikannya, Eirick, si mayat hidup.
Pengembaraan menakjubkan
Pada pandangan penulis, letakkan ke tepi rasa takjub dengan filem kelas A seperti The Lord of The Ring, Hobbit, Pirates of the Caribbean atau mana-mana filem epik, pengembaraan, fantasi dan sebagainya.
Sebaliknya anda sebagai anak Malaysia perlu berbangga kerana ada Yusry berjaya menghidupkan sebuah jalan cerita menarik yang pembikinannya dilakukan di Malaysia bersama krew tempatan.
Malah, anda juga pasti tidak akan percaya bahawa kebanyakan tempat dalam filem ini dihasilkan di Malaysia, biarpun 100 peratus penggambaran telah dilakukan di sini.
Ia secara tidak langsung melihat betapa anak Malaysia juga mampu untuk mengarahkan sebuah filem bertaraf Hollywood di sini.
Apatah lagi, dengan menggunakan CGI, anda akan disajikan dengan sebuah pengembaraan menakjubkan dengan prop setanding di luar negara.
Bahkan penulis sendiri juga, juga beberapa kali rasa tertipu dan terfikir sinematografi tersebut berlaku di luar negara dengan kesan-kesan khas yang telah dilakukan oleh Yusry.
Pertarungan hebat
Tidak hanya bersandarkan kepada sinematografi semata-mata, penonton juga harus fokus bagi memahami setiap watak yang saling berkaitan di dalam filem ini.
Namun ia bukan bermakna filem ini mengelirukan, tetapi dalam masa kurang tiga jam, anda perlu mengenali setiap watak dan kaitannya dengan misi Eirick.
Apatah lagi, 50 peratus babak pertarungan di dalam filem ini membuatkan ada watak yang datang dan pergi dalam masa yang singkat sahaja.
Justeru, bagi tidak terlalu memberatkan jalan cerita, Yusry bijak meletakkan Foo sebagai penyeri yang ada ketikanya akan berbahasa Mandarin di dalam filem ini.
Oleh itu, dalam kesesakan pertarungan-pertarungan hebat yang berlaku, Foo akan akan hadir untuk meringankan mata anda dengan aksinya yang bersahaja.
Selain itu, kehandalan berlawan setiap pelakon juga harus di puji kerana merekalah sebenarnya yang banyak menghidupkan lakonan dan membuatkan sesebuah aksi itu nampak benar-benar berlaku.
Begitu juga dengan babak akhir di dalam filem ini di mana, hanya separuh daripada apa yang anda lihat sebenarnya terlibat dengan penggambaran dan selebihnya dihidupkan daripada CGI.
Lakonan mantap
Meletakkan barisan pelakon yang sememangnya sudah terbukti kemampuannya barangkali memudahkan dan memberi kelebihan buat Yusry.
Ini kerana, setiap pelakon yang terlibat memberikan lakonan yang cukup mantap, sama ada dari tunjang utamanya, hinggalah ke watak antagonis.
Di dalam filem ini juga, anda akan melihat kelainan apabila Thor yang selama ini dianggap sebagai wira, 'diubah' oleh Yusry yang menjadikan dia sebagai watak antagonis di dalam filem ini.
Ia tentu sekali memberi kelainan kerana kita tidak disajikan dengan sebuah kisah atau cerita yang sama sahaja.
Justeru, bagi melihat hasil karya anak tempatan dan misi Eirick untuk menyelamatkan dunia dari kemusnahan Dewa Petir, jangan lupa saksikan Vikingdom : The Blood Eclipse, di pawagam.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment