Tolak ke tepi beberapa kontroversi yang pernah melanda Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, sebelum ini, kerana Ifa telah membuktikan dia bukannya artis yang hanya berbekalkan kisah-kisah kontroversi buat peminat.
Ifa Raziah |
Ifa Raziah suntik plasenta & rawatan ozon
Tolak ke tepi beberapa kontroversi yang pernah melanda Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, sebelum ini, kerana Ifa telah membuktikan dia bukannya artis yang hanya berbekalkan kisah-kisah kontroversi buat peminat.
Justeru tidak hairanlah jika Ifa menjadi antara artis yang bertahan hampir 20 tahun lamanya dalam industri.
Tidak hanya bakat yang menjadi taruhan, Ifa juga turut membuktikan dia antara selebriti yang masih mempunyai tubuh menarik dan rupa yang cantik biarpun telah menjadi ibu kepada dua anak iaitu Sharifah Putri Umairah, 14 dan Muhammad Shakir Aqili Mohd. Yani, 8 tahun.
Ifa turut mengakui sanggup membelanjakan sejumlah wang setiap bulan demi kesihatan dan kecantikan. Ikuti cerita Ifa.
Apa pengertian cantik bagi anda?
IFA : Bagi saya kecantikan adalah satu perkara yang subjektif kerana ia bukan melibatkan para rupa tetapi perangai, tutur kata, cara berpakaian juga kena cantik. Kalau muka cantik tetapi perangai tidak, itu bukan cantik namanya.
Pada usia hampir mencecah 40 tahun, anda kelihatan masih hebat...
IFA : Alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah berikan. Namun sebagai selebriti, saya amat menitikberatkan penjagaan tubuh dan wajah. Apatah lagi, bila menjadi selebriti, badan kita tidak boleh gemuk kerana tidak cantik apabila di lihat dalam televisyen. Saya pula badan seperti belon, senang kembang, apatah lagi bila sudah berumur, metabolisme badan mula berkurangan.
Jadi apa yang anda lakukan untuk menjaga kelangsingan?
IFA : Saya kini mengambil kelas Zumba dari Isnin hingga Jumaat selama satu jam untuk mengurangkan berat badan dan menjaga stamina. Selain itu juga, saya tidak amalkan memakan nasi dan hanya makan makanan seperti ayam, ikan atau daging yang dipanggang, kukus atau rebus. Saya juga gemar memakan salad dan buah seperti jambu batu dan epal hijau serta minum air kosong yang banyak bagi memastikan berat badan saya tidak naik.
Sebelum ini anda tidak pernah berahsia mengenai suntikan untuk kekal cantik, adakah anda masih meneruskannya?
IFA : Ya, tetapi bukan suntikan seperti botox dan saya tidak pernah mengambil botox. Sebaliknya saya mengambil suntikan plasenta biri-biri untuk kecantikan kulit setiap tiga bulan sekali dan turut melakukan rawatan ozon bagi membersihkan darah kotor.
Boleh jelaskan dengan lebih lanjut mengenai rawatan tersebut?
IFA : Boleh dikatakan sebulan atau dua bulan sekali saya akan membuat rawatan Ozon bagi membersihkan darah kotor dalam badan. Badan kita ini juga diibaratkan seperti kereta yang perlu di selenggara, apabila kita makan bermacam-macam, jadi banyak toksik dalam badan. Justeru saya buat rawatan ini lima atau enam kali setahun bagi memastikan badan kita mempunyai darah baru yang sihat.
Selain suntikan dan rawatan ozon, adakah anda mengamalkan petua lain?
IFA : Ya, setiap pagi, saya akan mengambil beberapa suplemen terutamanya vitamin bagi memastikan badan sentiasa segar. Selain itu ia juga membantu saya menjaga kesihatan rambut, kuku. Suplemen ini bukan baru saya ambil, sebaliknya dari muda lagi.
Anda sangat menitik berat tentang kecantikan dan kesihatan, boleh kongsikan berapa kos keseluruhan kecantikan dan kesihatan?
IFA : Saya akan menghabiskan kira-kira RM2,000 sebulan untuk kecantikan, manakala kos untuk suntikan sheep placenta pula adalah RM2,000 dan untuk rawatan ozon kira-kira RM1,500.
Apa aktiviti yang gemar anda lakukan?
IFA : Saya suka bercuti atau beriadah bersama keluarga. Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, aktiviti tersebut dapat juga menjadikan badan kita lebih sihat kerana kita banyak bergerak dan melakukan aktiviti.
Boleh kongsikan perkembangan terkini?
IFA : Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Suami Muda untuk siaran RTM. Saya memegang watak utama di samping, aktor Dazrin Kamarudin.
Profil:
Nama : Ifa Raziah
Nama Sebenar : Saripah Raziah Mustapha
Asal : Kedah
Pencapaian : MUZIK MUZIK (Separuh Akhir – Lagu : PANAS (2009)),
HITS 1 – Akhir Lagu : PANAS
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment