Pages

Tuesday, 24 September 2013

MUHAMMAD SUHAIMI NORHAMIDI, PELATIH PLKN KEM PINGGIRAN PUTRA MENINGGAL DUNIA

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh dijumpai seorang rakannya dalam keadaan terbaring sebelum memanggil ketua komandan kem yang kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah sebelum disahkan meninggal dunia.

Pelatih PLKN Kem Pinggiran Putra meninggal
Jenazah Muhammad Suhaimi Norhamidi, pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Muadzam Shah di sini untuk dibawa pulang ke Kerdau untuk dikebumikan hari ini. - Foto Bernama

Pelatih PLKN Kem Pinggiran Putra meninggal dunia

KUANTAN - Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, mati di Hospital Muadzam Shah, selepas ditemui rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air, kira-kira jam 12.04 tengah malam tadi.
    
Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh dijumpai seorang rakannya dalam keadaan terbaring sebelum memanggil ketua komandan kem yang kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah sebelum disahkan meninggal dunia.
    
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, ketika dihubungi Bernama berkata punca kematian masih dalam siasatan.
    
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Johari Yahaya yang mengesahkan kematian pelatih tersebut berkata mayat pelatih berkenaan masih dibedah siasat di Hospital Muadzam Shah.
    
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijangka selesai petang nanti," kata Johari.  - Bernama



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment