Pages

Sunday, 1 September 2013

KIBAR BENDERA SANG SAKA MALAYA MALAM MERDEKA: POLIS PANTAU INDIVIDU

Menurutnya, pihaknya juga dimaklumkan terdapat seorang lelaki bertindak merampas bendera Sang Saka Malaya ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.

Polis pantau individu kibar Sang Saka Malaya
POLIS PANTAU INDIVIDU KIBAR BENDERA SANG SAKA MALAYA

Polis pantau individu kibar Sang Saka Malaya

KUALA LUMPUR - PDRM masih memantau tindakan beberapa individu yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.


Polis pantau individu kibar Sang Saka Malaya
Bendera Sang Saka Malaya dibawa ke Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan, malam kelmarin.


"Sehingga kini kami belum mengambil sebarang tindakan, difahamkan tiada laporan polis dibuat terhadap individu tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga dimaklumkan terdapat seorang lelaki bertindak merampas bendera Sang Saka Malaya ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.
"Kami juga akan meneliti video berdurasi selama 55 saat itu, lelaki tersebut dipercayai merampas tiga bendera Sang Saka Malaya, sebelum dia menyatakan itu bukan bendera Malaysia," katanya.

Sang Saka Malaya adalah bendera yang pernah direka bentuk khas menerusi tuntutan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan.

Aktivis politik, Hishamudin Rais, aktivis mahasiswa, Adam Adli dan Safwan Anang turut hadir dalam majlis tersebut.

Pada tahun lalu, polis pernah menahan dua lelaki yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka.

Kedua-dua suspek berumur 20-an itu ditahan dan disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment