Pages

Monday, 2 September 2013

MAUT KAKI TERSANGKUT PADA JALA IKAN

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, lelaki berkenaan, P Segaran, 53, ditemui pengunjung pantai dalam keadaan kakinya tersangkut pada jala ikan yang dipasang di kawasan berkenaan sekitar jam 4.30 petang.

Jala ikan 'makan' tuan
Abd Wahab (tiga, kiri) melihat jala yang dipasang mangsa.

Maut: Jala ikan 'makan' tuan

PORT DICKSON – Mayat seorang pengawal keselamatan ditemui di pantai berhampiran Hotel Admiral Cove, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, lelaki berkenaan, P Segaran, 53, ditemui pengunjung pantai dalam keadaan kakinya tersangkut pada jala ikan yang dipasang di kawasan berkenaan sekitar jam 4.30 petang.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson.


“Siasatan awal polis mendapati, pada hari kejadian mangsa yang tinggal di Bandar Sunggala keluar rumah lebih kurang jam 2.30 petang untuk menjala ikan di kawasan Pantai Batu 5.

"Namun ketika mangsa memasang jala, kakinya tersangkut pada jala dan usaha menyelamatkan diri gagal,” katanya ketika ditemui semalam.

Abd Wahab berkata, hasil bedah siasat polis mendapati, mangsa mati akibat lemas dan tiada unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson dan dituntut ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, S Sethu, 26, berkata, bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan menjadikan aktiviti menjala ikan sebagai hobinya dan apabila ada masa lapang memang akan ke persisiran pantai untuk menjala ikan.

Sethu yang juga anak sulung daripada tiga beradik berkata, pada hari kejadian bapanya keluar dari rumah jam 2.30 petang untuk menjala dan kebiasaannya bapanya akan memancing selepas siap memasang jala.

“Namun sekitar jam 4.30 petang, seorang rakan yang bekerja di Hotel Admiral Cove menghubungi keluarga saya dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bapa di pantai.

“Setahu saya bapa tidak tahu berenang,” katanya.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment