Pages

Wednesday, 4 September 2013

SUDAH 46 HARI MENINGGAL, MASIH ENGGAN KEBUMI ANAK

Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50, berkata, tindakan itu disifatkannya satu tanggungjawabnya sebagai bapa yang mahukan kebenaran terhadap kematian anaknya.

Masih enggan kebumi anak
Mohd Damanhuri (kiri) serius menyatakan sesuatu kepada peguamnya, Mohd Fitri di pekarangan Mahkamah Tinggi Ipoh, semalam.

Masih enggan kebumi anak

IPOH – Bapa Sherul Aizam, 27, yang mati tersepit di tingkap di Taman Saz, Silibin, di sini pada 20 Julai lalu masih enggan mengebumikan jenazah pemuda itu dan mahu menunggu proses menuntut keadilan bagi kematian anaknya itu selesai.

Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50, berkata, tindakan itu disifatkannya satu tanggungjawabnya sebagai bapa yang mahukan kebenaran terhadap kematian anaknya.

“Walaupun orang luar mencemuh tindakan tidak menyegerakan urusan pengebumian jenazah tetapi sebagai bapa, saya rasa bertanggungjawab terhadap kematiannya yang dipercayai ada unsur jenayah dengan kesan lebam di seluruh badan yang bagai dihempap bangunan,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Mohd Damanhuri berkata, dia sekeluarga menerima nasihat dari Imam Besar Masjid Negeri berhubung jenazah anaknya yang disimpan lama di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Kami menerima kehadiran Imam Besar Masjid Negeri bersama tiga lelaki lain Ahad lalu. Saya telah menyerahkan gambar kecederaan anak saya dan nilaikan sendiri (kecederaan dan laporan bedan siasat sebelum ini).

“Itu sebab saya bertindak sebegini dan bukan sengaja melambat-lambatkan pengebumian. Saya berhak menuntut kebenaran dan keadilan dan apa yang saya buat adalah betul,” katanya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zainal Adzam Abd Ghani menetapkan 11 September ini bagi mendengar jawapan afidavit balasan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amri Johari yang difailkan Mohd Damanhuri.

Proses berkenaan adalah untuk mendapatkan perintah bedah siasat kedua terhadap jenazah Sherul Aizam Mohd Damanhuri diwakili peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

Zainal Adzam turut menegur Mohd Damanhuri untuk hadir ke mahkamah tepat pada masa ditetapkan.
Laporan sebelum ini menyiarkan bahawa Sherul Aizam ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur ketika didakwa cuba menceroboh rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Mangsa dipercayai masuk dengan membuka tingkap di bahagian sinki dapur kediaman teres setingkat itu.

Bedah siasat HRPB sebelum ini memutuskan anaknya meninggal dunia disebabkan postural asphyxia iaitu sesak nafas kerana tersepit.

Sehingga hari ini, sudah 46 hari jenazah Sherul Aizam tersimpan di bilik mayat hospital terbabit.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment