Pages

Sunday 26 May 2013

USTAZ AZHAR IDRUS KAHWIN LAGI | SELAMAT PENGANTIN BARU UAI

Melalui sumber-sumber yang banyak mengongsikan gambar perkahwinan Ustaz Azhar Idrus bersama isteri ketiganya di laman sosial Facebook, Jz pinjam beberapa keping daripada gambar-gambar tersebut dan muatkan di sini untuk berkongsi pula dengan sesiapa yang hendak lihat Ustaz Azhar Idrus bersama isteri barunya itu.

Jz ambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz Azhar Idrus bersama isteri ketiganya yang dikatakan berusia 26 tahun.



USTAZ AZHAR IDRUS KAHWIN LAGI | SELAMAT PENGANTIN BARU UAI


USTAZ AZHAR IDRUS KAHWIN LAGI | SELAMAT PENGANTIN BARU UAI

Kad Undangan Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus dengan Khairul Izyan

********************************************

Di bawah ini pula adalah berita yang disiarkan di akhbar Sinar Harian.

UAI
UAI di majlis perkahwinan beliau. Turut kelihatan kedua-dua isterinya yang lain.- Foto ihsan FB Hafiz Hamidun

 UAI selamat nikah kali ketiga

SHAH ALAM -  Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Ustaz Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Belia juga digelar 'Ustaz Youtube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.
 
Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi.


No comments:

Post a Comment