Pages

Friday, 10 May 2013

SAYA DIFITNAH - ASHRAF MUSLIM

Bagaimanapun, ia juga bukan berkisar perihal penceraian sebaliknya Ashraf dikatakan akan berpoligami tidak lama lagi dengan kebenaran isteri pertama.

Ashraf Muslim
Ashraf Muslim

Ashraf Muslim: Saya difitnah


Tiada angin, tiada ribut, nama Ashraf Muslim tiba-tiba kembali menjadi perhatian.

Bukan kerana kisah karier seni atau pun perihal klinik kesihatannya, tetapi mengenai kisah rumah tangga yang baru dua tahun terbina.

Bagaimanapun, ia juga bukan berkisar perihal penceraian sebaliknya Ashraf dikatakan akan berpoligami tidak lama lagi dengan kebenaran isteri pertama.

Ashraf yang dihubungi Zass menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), menolak untuk ditemubual dan lebih selesa untuk berdiam diri dan bersabar.

Twitter milik Ashraf Muslim


"Maaf ya, dengan rendah diri saya belum masanya untuk saya menjelaskan perkara sebenar. Lagipun orang media buat fitnah pasal saya, jadi lagilah saya akan berdiam diri dan bersabar," jelasnya.

Malah menerusi akaun Twitter miliknya, Ashraf turut meluahkan rasa sama: "Makin lama makin ramai yang suka melemparkan fitnah atas kepentingan sendiri. Ingat kita ada ALLAH," ujarnya ringkas.

Sebelum ini, Ashraf menerusi kenyataannya di sebuah akhbar, tidak menafikan ke mahkamah atas satu urusan, namun enggan mendedahkan urusan terbabit.

Tindakan Ashraf berahsia, bukan meredakan keadaan, sebaliknya satu demi satu cerita mula keluar termasuk identiti wanita yang bakal dikahwininya.

Sementara itu, dalam temu bualnya bersama Zass sebelum ini, Ashraf reda dengan ketentuan dan rezeki daripada ALLAH SWT, namun dia dan isterinya, Dr Noor Dayana Lokman, masih tidak berputus asa untuk menimang cahaya mata.

Menurut pelakon filem, Aku Masih Dara ini, mereka masih berusaha dan menganggap ia adalah sebahagian daripada ujian Ilahi.

“Memang kami teringin untuk bergelar ibu bapa, namun rezeki masih belum menyebelahi kami. Pun begitu, saya tidak pernah berhenti daripada berdoa setiap hari.

“Malah, kami turut menjalani beberapa kaedah rawatan termasuk perubatan Islam dan moden. Kami percaya, ia hanyalah ujian dari-Nya untuk menduga tahap kesabaran kami.

“Pun begitu, saya bersyukur kerana rumah tangga kami masih tetap utuh dan ia bukanlah alasan untuk kita beralih arah,” katanya.

Asyraf dan Dayana selamat disatukan pada 30 Ogos 2011 di Kota Suci, Makkah.



Sinar Harian

1 comment:

  1. kalau tak nak cerita makin menjadi-jadi,jelaskan perkara sebenar,atau kalau benar tak ada niat nak beristeri dua,konfirmasikan kepada media,jangan berdiam diri saja.

    ReplyDelete