Pages

Saturday, 4 May 2013

VIDEO MIRIP NURUL IZZAH: WAN AZIZAH MENGAKU ANAKNYA TERLIBAT?

Secara peribadi sebagai seorang ibu, saya amat terguris hati dengan pengedaran klip video memaparkan bekas pensyarah dan anak saya dalam keadaan yang mengaibkan.

VIDEO MIRIP NURUL IZZAH: WAN AZIZAH MENGAKU ANAKNYA TERLIBAT?
- Gambar Carian Google

Wan Azizah mengaku anaknya terlibat?

KUALA LUMPUR 3 Mei - Blog Empayar Pemuda (http://empayar-pemuda.blogspot.com/) hari ini menyiarkan kenyataan yang dipetik daripada blog Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung penyiaran video yang didakwa membabitkan wanita mirip anak perempuannya.

Kenyataan di blog Dr. Wan Azizah (http://wanazizahblog.com/) yang dipaparkan semula di blog Empayar Pemuda adalah seperti berikut:

"Secara peribadi sebagai seorang ibu, saya amat terguris hati dengan pengedaran klip video memaparkan bekas pensyarah dan anak saya dalam keadaan yang mengaibkan.

Sebagai pengajar yang diberi amanah untuk mendidik anak saya, tindakan bekas pensyarah itu adalah dikutuk dan dikeji serta melanggar sepenuhnya tata etika sebagai seorang pensyarah dengan memanipulasikan anak saya yang masih mentah ketika itu.

Saya dan keluarga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan sesiapa yang terlibat membuat sebaran klip video tersebut."

Bagaimanapun, blog rasmi Dr. Wan Azizah didapati menarik balik kenyataan yang disiarkan sebelum itu.

Sementara itu, Dr. Wan Azizah menerusi akaun Twitter miliknya hari ini memberitahu, blog beliau telah digodam.



Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment