Pages

Saturday, 4 May 2013

DATUK MUKHRIZ MENTERI BESAR KEDAH JIKA BARISAN NASIONAL MENANG - PM

Perdana Menteri berkata Mukhriz, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk memimpin negeri Kedah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan perancangan transformasi negara.

DATUK MUKHRIZ MENTERI BESAR KEDAH JIKA BARISAN NASIONAL MENANG
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Najib: Mukhriz MB jika BN menang di Kedah


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat menubuhkan kerajaan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), esok.

Perdana Menteri berkata Mukhriz, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk memimpin negeri Kedah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan perancangan transformasi negara.

"Saya yakin beliau boleh memberi kepimpinan yang dinamik dan dapat memimpin negeri Kedah ke arah kejayaan yang lebih besar," katanya dalam  kenyataan di sini malam ini.

Mukhriz, yang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Timbalan Pengerusi BN Kedah, akan mencabar penyandang kerusi Dun Ayer Hitam, Abdul  Ghani Ahmad daripada Pas, pada PRU13.- Bernama


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment